Sesampai di sana, abang kumprinx kita sedang menunggu kitaorang kat stesen keretapi. Sebelum berlepas, kami terkejut ngan berita yang sedara ayah kumprinx ditipu beberapa ribu dalam scam internet(duit hangus).
Kami menaiki keretapi dari Kuala Lipis pada pukul 12 tengah malam(20 minit lewat) dan sampai di Kuala Lumpur pada pukul 8.30 am keesokkannya.
Sesampai di sana, Mael dan Kumprinx mandi di bilik mandi awam sementara aku menyalin pakaian untuk berjalan.
Kami bertiga naik monorail ke Imbi dan terus ke Low Yat.
Kitaorang makan kat Mc D sampai kenyang. Mael ngan Kumprinx ambik set Duoble cheese burger(2), ayam 2 ketul, kentang goreng(2), air coke gelas besar(Kumprinx) dan
Regular(Mael) dan sundae(tak reti nak eja)(2). Aku lak ambik Cheese burger(2) dan air Coke regular. Kenapa lah kat LIpis ni takde Mc D???
Regular(Mael) dan sundae(tak reti nak eja)(2). Aku lak ambik Cheese burger(2) dan air Coke regular. Kenapa lah kat LIpis ni takde Mc D???
-Jumpa Ben(Gambar) dekat Low Yat.
-Mael beli Ganpura Keroro(Gambar) untuk anak sedaranya.
-Aku lak beli kamera digital ngan "ZOIDS".
-Jumpa PP dan Mie kat kedai makan sebelah Kota Raya
-Kumprinx beli DVD cerita horor(Hostel 3) ngan game Half Life.
-Semasa balik, kitaorang tertidur di dalam bas. Tup-tup, dah sampai kat Kuala Lipis ni.
Antara yang terpenting:
-Cadangan awalnyer nak pergi balik naik keretapi dan balik tu ambik tempat tidur tapi terpaksa dibatalkan kerana kekurangan duit yang akan dibelanjakan nanti.
-Kucing Mael(kecil) kena serang dengan kucing jiran(besar) sampai memancut darah keluar. Keadaan kucing kecil tu agak stabil.
-Mael dan Kumprinx berbincang dengan PP mengenai lagu yang akan dibawa ke SoundStage nanti.
-Beg yang aku cadang nak bawak pada mulanya terputus tali menyebabkan aku terpaksa meminjam beg Mael.
-Tidur dalam bas lagi selesa dari tidur dalam keretapi.
-Semua orang sakit kaki lepas balik dari Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment