Saturday, July 28, 2007

tought of the year...


Why should I buy something that cost more that does the same thing??
Contohnya macam MP3 player yang aku beli kat '#######'.
Aku dapat ngan harga RM64 jer, tapi mempunyai kapasiti yang sangat besar, 1Gb.
Yang lain pulak tu dengan harga above RM200 tapi cuma dapat 512Mb, bukan Gb tapi Mb.
Separuh dari apa yang aku ada sekarang.
Walaupun begitu, aku tak cakap yang aku beli ni tak ada error.
1st sekali, dier guna komputer untuk cas bateri kat dalam benda alah ni.
2nd, cuma boleh main mp3 format jer.
3rd, baterinya tak tahan lama sangat. 8 jam or something jer.
Tapi ok la gak untuk orang nmacam aku ni kan???.

Wednesday, July 25, 2007

STUDENT COPY NOT RIGHT

Do you believe this POC(Piece Of Crap)
Tengah hari tadi, masa aku balik dari kerja, aku jumpa 2 pucuk surat yang tak punyai setem. pelik gak aku rasa. Satu lagi aku rasa pelik sebab Cop kat surat tu satu dari perlis, satu dari perak. 'BAYARAN POS JELAS' tertulis pada cop tersebut. Mungkin satu prank dari kekawan aku atau apa dan aku pun terus bukak. Aku pun terkejut setelah membaca isi kandungan surat itu. Rupanya cuma risalah promote sami yang entah duduk kat mana ntah.
Satu tu promote sami kat kedah. Satu lagi promote sami kat perak.
Ada sekali nombor telefon yang dia bagi kat risalah ni.


-Others-
YUI penyanyi yang Agak aku minat. Lepas muncul kat MS hari tu, aku suka dengar suara dia.

Aozora no Namida(BLOOD+ 1ST OP) adalah lagu yang paling best aku dengar setakat ni. Setiap kali aku dengar, aku ulang bebanyak kali (tak bosan).

Lagu lama jadi pilihan aku.

Baru beli mp3 player kat kl hari tu. Tiap hari aku dengar. Relax sket buat kerja.

Komik baru dalam Arena Komik Densha Otoko duduk tempat kedua selepas Sarjan Katak dalam hati aku.

Sunday, May 06, 2007

Diari Mac 06 2007

Pada hari ni aku telah bertolak ke Jerantut(Sorang)... Cadangnya nak ajak N ikut sekali tapi masa aku pi ke pejabat dier, dier takde. Nak ajak M lak dier takde fulus sebab gaji tak masuk lagi. Jadi setelah aku bersiap sedia aku pun terus gerak ke jerantut.

Aku stat jerni aku lepas aku tengok kartun 'Pucca' kat tv3 separuh (dalam pukul 1045 gitu laa). lepas 'fill her up' penuh2, dan chek angin, aku terus la jerni aku yang mengambil masa 1 jam nak sampai. Aku mula merasa ghairah nak sampai (bayangkanlah aku tak pi dah lebih 2 bln lepas injuri yang aku alami tu). Dalam perjalanan aku nampak ada sekor ular nak lintas jalan. tak tau la hidup lagi atau tak ular tu. Yang lain tu macam sama jer. Cuma ada satu kedai yang aku baru perasan bukak sebelum simpang nak ke jerantut. Baru bukak agaknyer.

Aku sampai agak lewat sebab pasar dah habih. Aku kendiannya pi ke kedai buku yang aku percaya kat situ sambil beli beberapa buah. Kendiannya aku pi ke kedai cd+dvd dan tengok2 apa yang best. Kat sini aku dapat satu rumusan yang agak memeranjatkan. Harga dvd kartun cumalah rm1.++ jer bagi setiap kartun(duration under 30 minit>

Lepas siap kerja membeli belah kat Jerantut, aku pun balik la ke lipis. Dalam pukul 1300 gitula. Sebelum balik, aku singgah kat kedai baru bukak tu. Makanan dier kira ok laa. Boleh la kalu nak makan.

Sesampai jer kat lipis, aku terus gerak ke pejabat N. Takde orang, aku pun pi bandar. Masa aku dah nak balik rumah tu, aku jumpa dier nak pi bandar sebab dier tengah kronik sangat sakitnyer. Dier pun singgah kat kedai stesen beli ubat.

Petang tadi aku lep kat rumah M, nampak N masih sakit lagi(kronik betul sakit dier ni, dah 3 jam). Dan satu berita baik yang aku terima dari N ialah barang yang aku tempah kat dier tu dah nak sampai. Cuma tunggu payment dekat bank jer. Lepas tu tunggu seminggu, dapat. Yay. Hari isnin ni aku bagi duit kat dier sebab hari Isnin orang cuti(Pahang Hol). Aku jugak yang kerja.

-Duit yang telah hangus-
feul RM 5(kat lipis)+RM 2.3(kat jerantut)
Makan RM 3(kat kedai baru bukak???)
surat kabar RM 1.5(ceh, dah naik harga)
barang RM 32.6(Malas nak cerita)
kueh kedai pak teh RM 0.8
total hangus RM 45.2(ceh, dekat 50 gak)

Antara buku dan barang yang aku beli

preview salah satu buku yang aku beli





Wednesday, April 11, 2007

Eye Scream #1

Sepanjang aku kerja kat suatu tempat tu, banyak yang aku tak puas hati kat ramai orang terutamanya kat pemandu-pemandu kereta yang tak tau (rasanya diaorang tau, tapi sengaja jer malas) me'renew' road tax kereta. Ada yang sampai 3 tahun tak 'renew' tu. Adakah road tax ni dah tak payah pakai lagi?? Apa yang orang-orang dalam kerajaan(polis, jpj, trafik, etc.) ni buat sampai diaorang ni boleh terlepas dari membayar/me'renew' road tax kereta diaorang. Macam mana orang-orang dalam kerajaan ni buat kerja? Ni yang aku nak marah sangat ni. Ditegur kata menyibuk, tak tegur sakit betul hati ni. Bila ditanya "tak takut ke?" ada yang mungkin jawab "Nak takut apa, sorong bawah sudah la". Sekarang ni, sapa yang salah??

ARRRRRRRRRHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!

Monday, January 01, 2007

A Girl Named A.I.

*The pic is just for show*

Right now I really don’t understand. 1st she said that she wanted to be my friend anymore, now the other way around? Come on, what is it that she really want from me.

If I befriend with her again, I will only make it worse for her. I will do the same mistake (what she think is a mistake) and she will say the same thing all over again. Hate me, don’t want to talk to me again, and then apologize to me and this will keep on going.

To tell you the truth, I really don’t know what to do. She does not do anything wrong to me, so why is she the one who apologizing? I am the one who done much harm towards her. So why?

Maybe she doesn't realize this but I always believe in everything that she say. I have stated to her that the first time we chat. But now, I don't know what to believe anymore.

Lastly I hope that even though I am not her [ ] anymore, I just want her to be happy with all her friends and family. Especially the ones she loves.

Monday, December 11, 2006

This is a song That I really love

Blow Winds From the anime Gensoumaden Saiyuki; Saiyuki
Sanzo, Goku, Gojyo
SongArtists: Sanzou (Seki Toshihiko), Goku (Hoshi Souichirou), Gojyo (Hirata Hiroaki)

itsuka konna michi o mita you de
tooi dokoka no kiwoku demo

tsuki ga sora niwa shiroku kagayaki
nagai kage o otoshita
suna hokori no hoka wa nani mo naku
tada massugu no kono michi niwa

shin to tsumetai yoru no shizuke sa
nazeka mitasare te iru


mae nimo ushiro nimo susumu koto ga deki zuni
tatazumu tomadoi sore dake ni mi o makase

amata no hoshi tachi ni idakare tara kono mama
akenai yoru tooku kie temo ii


*Take the blow winds itsumo kaze ga fuite ta
yowaku obie sugita senaka tsuyoku osu mitai ni

**Take the blow winds michi wa chikau mono dato
fui ni aruki dashi kizuku koto waruku wa nai to


itsumo konna kurikaeshi bakari
tsuzuke sugoshi te kita no nara
ikite yuku no wa nagai akirame
tsugi wa doko e kaerou


yama toka taniga toka koete wa mata mukae te
iradachi koukai oshi tsubu sare sou ni naru
otome te nakushi te ta ano hi mite ta yume tachi
azake nagara toori sugi te itta


***Take the blow winds itsumo kaze ga fuite ta
mayoi kotae suteta hoho o tsuyoku utsu mitai ni

****Take the blow winds haruka hikari otome te
kakugo kime tanara subete wa kono te no hira de tsukame ru

*****Take the blow winds itsumo kaze ga fuite ta
asa ga konai yoru ga owari shiron da sora nagareru

Take the blow winds asu e mukai hajimeru
ima wa shinjiru koto soshite mata aruite yukeru

Thursday, October 12, 2006

Nice

It is been a long time since i've log on the net. Something just don't change in my life while others..... To tell you the truth, I have been quite lazy now a days. thinking that I have a lot of things to do in my life in fact I am just a lazy 'troq'.

I just started to watch animax on astro a few week after it has been release. a lot of cartoon that I love there like God(?) save our king, Kamichu, Honey and clover, etc.

Google buys YouTube for an amount of US$1.6 bil.
Source 'Star'
date 11-10-2006
page B13.

-this part is in Malay-
Tahun ni tak tau la. Rasa malas lak nak raya. Macam dah x penting pun raya ni kat saya. tak tau la pasal.Mungkin pasal jumpa ngan 'dia', kalu dia tak raya kat tempat lain. mungkin aku ni terlalu pengecut nak mintak maaf kat 'dia'. Sampai sekarang ni masih tak berani nak mintak maaf kat sorang ni. Sebab takut apa reaksi dia kat aku nanti.
Mungkin akan jumpa lak ngan orang yang aku 'baru takut nak jumpa'. walau pun banyak orang yang tunggu waktu tu, aku tak nak langsung hadapinya. Sebab aku takut kat diri aku sendiri. Kalu masa tu aku buat sesuatu yang aku akan regret sampai bebila. Macam yang aku buat kat 'dia' dulu. Sampai sekarang masih tak terlepas dari pikiran ni. Dan mungkin lebih teruk lagi.

Rasanya ucu marah sangat kat aku. Mungkin sebab aku tak call dier untuk jangka masa yang lama.

Akhir sekali, selamat berpuasa dan hari raya buat yang islam dan Happy Deepavali bagi yang berugama hindu.
-Malay part end-

Life sucks without something you can call a hobby.

Wednesday, September 06, 2006

What I hate about this week

Dalam minggu ni aku paling sakit hati masa hari ahad ngan hari selasa.

Hari ahad(Sept 3) tu sebenarnya hari kahwin Datin Siti Nurhaliza ngan Datuk K(entah betul ke tak apa yang aku tulih ni). Seperti kebiasaannya aku tiap-tiap hari ahad mesti beli 'The Sunday Star' sebab komik yang aku minat(gak laa) yang hanya keluar tiap hari rabu ngan ahad jer (komik 'Preteena'). Jadi aku pun terus la pi ke bandar dengan cadangan nak beli surat khabar. Sok-sok dah ada kat bandar tu, aku pun cadang la nak beli filem. Tapi banyak kedai kat sini yang tak bukak hari ahad. Kedai yang aku selalu beli filem tu pun tak bukak gak. Dengan idea aku yang tak tentu hala ni, aku pun pikir 'beli jer kat tujuh sebelas'. Aku pun masuk la kat dalam tujuh sebelas. Fuulamak, awek dua ekor tengah jaga kaunter. Cun gak la diaorang punya muka. Aku pun dengan sedikit segan pun terus ke kaunter untuk membeli filem. Lepas siap beli tu, aku pun tanya la 'akak reti(tahu) tak masuk filem dalam kamera?'. Mereka jawab yang mereka reti. Lepas tu aku pun bagi la filem ngan kamera aku yang dah berapa tahun kat rumah tu pada diaorang. Maka ngan 'reti'nya mereka cuba masukkan filem tu dalam kamera aku yang satu tu. Dan kat situ la aku nampak ketaktauan yang dikatakan tau oleh diaorang berdua ni. Dengan tak semene-mene nya mereka berdua menterbalikkan filem tu dan telah menyebabkan aku rugi lima keping gambar dalam masa tak sampai satu minit. Dah la tu, mereka gosok la pulak belakang(warna cerah) filem tu semata-mata nak cuba gak masuk ke dalam kamera aku tu. Jadi moral kat sini yang aku nak kongsi ngan semua "Kalau tak tahu, tanya. Kalau tahu pun tapi tak paham, kena tanya jugak." atau in B.I. "If you don't know, ask. If you know but don't understand, ask as well."

Ni pulak cerita hari selasa(Sept 5) hari tu. Aku pi la ke pasar malam kat taman sesorang sebab mael n friends dah pi belah petang nyer. Sesampai kat sana aku pun terus la meninjau-ninjau menda yang aku nak beli. Lepas seraun aku jalan, aku singgah kat kedai minum yang hujung. Dengan rasa ingin tau aku aku pun terus la oder benjo kosong satu kat satu gerai burger ni. Harganya agak mahal, RM 1.50 dan aku harap sedap la. Aku tunggu oder aku tu siap sambil minum air tea o ais kat kedai tu. Apabila oder aku tu siap, aku pun cuba la rasakan 'keenakan' benjo kosong yang aku oder tadi. Aku pun taste la. Dan rasanya.... Kalau mael n friends ada masa tu, dan tanya aku macam mana rasa benjo tu, aku akan beritahu diaorang direct yang rasa benjo tu teruk. Dengan telur leper dilipat empat, rasa masin aku tak tau apa(garam kot), hilang terus selera aku. Tapi aku cuba gak la gagahkan diri makan tapi aku terpaksa stop separuh benjo tu. Aku dah tak lalu nak makan. Kalau berbandingkan harga benjo yang sampai RM 1.50 tu, aku rasa yang aku ni dah rugi RM 0.80 malah mungkin lebih lagi.

TAK LAMA LAGI HARI LAHIR AKAK UCU TAPI AKU MASIH TAK TAU NAK BAGI HADIAH APA. MACAM MENCARI SESUATU YANG ORANG TU DAH ADA. KAT SINI AKU NAK UCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR BUAT AKAK UCU YANG AKAN MENYAMBUT HARI LAHIR KE-24. SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI.

Saturday, August 19, 2006

Restrain the thought.

Dah lama sangat rasanyer tak update blog ni.Malah dah lama tak bukak internet kat rumah. Dah Lebih sebulan rasanyer.Mungkin sebab kerja banyak ataupun selalu takde masa, tak tau la.Dan jugak mungkin takde connection langsungni pun nasib baik laa ada sket.Banyak cerita orang yang aku tak tau sepanjang aku tak bukak net. 'W.S.' aku pun aku tak sentuh gak la jawapannyer.Rasenyer kena tukar balik ke template asal.Banyak masalah lak template ni.Biar plain asal 'sojo'.He he he...

Aku pun dah lama tak balas/phone akak sorang ni. tak tau la apa yang dah jadi kat dia.Las skali tu dia kol sebab nak tahu pasal kawan yang sorang ni gi kl.kawan yang sorang ni gi kl sebab nak cari part 4 e studio.Kawan akak ni lak nampak la si kawan yang gi kl tapi takut nak tegur.takut salah orang.tu la las dengar suara akak yang sorang ni.

Cakap pasal 'DIA' lak (pada orang yang ingat laa cerita yang aku tulih tak lama2 dulu), aku ada jumpa dia masa balik kampung. macam biasa la, aku tak tahu nak cakap apa pun ngan dier.takut sgt.

10 Sikap aku yang orang lain (mungkin) rasa pelik.....
1) Aku tak suka orang belanja makan/minum/beli barang.
2) Aku tak suka belanja orang makan/minum/beli barang.
3) Aku ni memilih makanan yang aku nak makan.
4) Aku paling jarang makan sayur.
5) Aku suka buat menda aku sendiri, bila aku nak buat, kat mana aku nak buat.
6) Aku suka cakap sesorang.
7) Aku kurang cakap ngan orang lain yang aku kurang kenal.
8) Bila aku makan buah oren, aku bukak kulit dengan tangan 1st baru makan. tak pernah guna pisau.
9) Ada satu baju tu aku memang aku pakai terbalik.
10) Aku pakai lengan panjang masa hari panas terik, selalunyer 'sweater' sebab aku tak de kameja/baju lengan panjang.
For NOW....

Apa yang aku buat macam takde makna kat orang lain. tapi bagi aku ia ada makna tertentu.

Dah lama sangat aku nak dengar berita ni. bila la sorang artis ni nak kahwin. Aku tak cakap pasal 'SITI NURHALIZA & DATUK K'. Tetapi seorang artis lama yang popular yang aku tak pernah dengar dia cakap pasal kahwin. Perempuan laa. Single lagi dia ni. tapi dengar cerita dia dah ada yang punya kat hati. Tunggu aje laa kan. Akan ku tunggu berita gumbira darimu.

Sunday, July 16, 2006

Nescafe o ais limau (malay)

Mungkin sesuatu yang baru ataupun sesuatu yang dah lama wujud kat Malaysia ni, tapi orang ramai tak paham bila aku mintak order NESCAFE O AIS LIMAU. Mesti diaorang buat muka blur atau pelik dan tanya aku sekali lagi aku nak apa. Macam sorang kenalan yang datang dari jauh ni buat muka pelik bila aku duduk kat kedai makan sama ngan dier dan kawannya dan kata kat aku "Sepanjang aku jalan2 seluruh malaysia ni tak pernah aku jumpa orang minum NESCAFE O AIS LIMAU". Macam tu la lebih kurang jawapannya.

Pertama kali aku mintak air NESCAFE O AIS LIMAU ialah masa aku laypark ngan kmx dan beberapa rakan lain. Diaorang pun pelik kat aku first time tapi dah lama tu diaorang biasa la gak bila aku order NESCAFE O AIS LIMAU bila aku laypark ngan diaorang.

Kalu ditanya apa rasa air NESCAFE O AIS LIMAU ni aku tak dapat nak jawab. Ia bergantung pada buah limau tu sendiri. Kalau pahit, pahit la. Kalau manis, manis la rasanya. Dan setiap kedai berbeza setiap satu.

Sunday, July 02, 2006

Kontroversi atau diskriminasi.(In Malay)

Cerita ni aku dengar dari kawan aku yang dengar dari kawan dia yang dengar dari kawan dia. Betul ke tak aku tak tau la. Nak sedap kan cerita biar aku ulang tayang balik apa yang dia cakap.

Konversation antara 2 orang perempuan. Aku bagi nama A dan B jer la.

Perempuan A: Eeee, I tak suka betul makan kat kedai mamak.
Perempuan B: Pehal lak u ni, best apa makan kat kedai mamak. Ada nasi beriani. U tau tak, I pernah makan kat satu kedai mamak tu, best giler.
Perempuan A: Tapi u tau tak?
Perempuan B: Tau apa menda nyer?
Perempuan A: Pasal rasa kuah kat kedai mamak tu rasa sama jer setiap hari kalau ko makan selalu tak berubah ubah. Ko tak rasa pelik ke?
Perempuan B: Nak pelik kemenda nyer lak. mungkin dier ada resepi keluarga sendiri yang diaorang guna.
Perempuan A: Hah, tu yang ko tak tau. Ni aku dengar cerita la. Tapi kalau aku cerita, mesti ko muntah nyer.
Perempuan B: cerita mendanyer?
Perempuan A: cerita pasal rasa yang tak berubah-ubah kat dalam kuah diaorang dari dulu lagi.
Perempuan B: Hah, menda cerita nyer.
Perempuan A: Betul nak dengar ni.
Perempuan B: Hei budak ni kang sekali aku bagi kang.
Perempuan A: Ok ok. Aku cerita la ni.
Perempuan B: Hah cite la.
Perempuan A: Macam ni cerita dier. Ko tau tak yang diaorang ni tak pernah buang lebihan sambal atau kuah yang tak habih kat kedai diaorang.
Perempuan B: Iyer ke?
Perempuan A: Betul ke tak aku tak tau la. Ni aku dengar cerita orang jer.
Perempuan B: Habih tu, kuah yang lebih tu diaorang buat apa, bagi makan kucing?(sambil gelak sikit)
Perempuan A: Orang serius ni.
Perempuan B: OK ok. habih tu kuah tu pi ke mana?
Perempuan A: Diaorang tambah jer kat kuah untuk keesokan harinyer.
Perempuan B: Hah??
Perempuan A: Tu la kalau u perasan pasal rasa diaorang tak pernah berubah dari dulu lagi.
Perempuan B: Maknanyer kalu kedai tu dah bukak 100 tahun maknanyer......
Perempuan A: Kuah yang u makan tu hayat dier dah 100 tahun la.
Perempuan B: Oh my god.(sambil tutup mulut)

Lepas tu aku tak perlu cerita la dah. korang pikir sendiri apa yang jadi lepas tu.

Ada ayat yang aku tambah sebab aku tak ingat sangat apa yang diaorang bincangkan. Sori kalau tersalah. Tapi ni betul, apa yang aku dengar. Cuma aku tambah sikit je.

Ringkasan cerita ni, "Kuah yang korang makan kat kedai mamak tu sama hayat dengan berapa lama diaorang buat bisness." Betul ke tak aku tak tau. aku cuma menulis apa yang aku dengar.Tapi nasihat aku kat korang tu, selidik dulu sebelum percaya bulat bulat apa yang korang baca atau dengar.

Monday, June 19, 2006

Shanana

Konfus

Aku yang konfuse

A sad me tell me to tell me about me.

But me can't tell me about me to me.
So, me tell me that me sorry.
Me apologize to me then me come to see me.
And me tell me about me and me tell me about me.
And me live happy.
That is me.
Confuse? Me also confuse about me.

Masalah orang lain

Aku paling tak minat nak dengar masalah orang lain, lagi-lagi masalah cinta. Pada aku, masalah orang lain tu adalah masalah diaorang sendiri. Aku malas lah nak pikir pasal masalah orang lain sebab itu masalah diaorang. Sebenarnya masalah tu macam batu yang korang kutip pastu pegang kat tangan korang. Korang yang decide samada korang nak buang je batu tu, atau korang nak simpan batu tu, etc. Kalau korang pilih nak buang jer batu tu, batu tu takkan hilang. Cuma beralih tempat je. Kalau korang pilih nak simpan, korang juga yang merana. Lagi teruk kalau korang hancur kan batu tu. lagi banyak batu yang akan kelihatan kat tempat korang hancurkan nya. Dan mungkin akan menyakitkan korang lak kelak.

Thursday, May 18, 2006

On Sunday Morning

Accident can happen even when you are careful. That is what has happen to me this week. On Sunday the 14th, at 9.20am, I was on my way back home from town because I wanted to buy a newspaper. On my way back, at the round-a-bout, in front of the police station (some of you might know that place), an accident occur. Suddenly, I have the feeling that my bike was unbalance and the next thing I know me and my bike was sliding sideways. I was stunned by this and I don't know what to do. I was just sitting still while my hand let go of the pedal. There I was doing the 180 and then stop. Luckily, I wear a bit thick that day so the injuries don’t occur much. "Whew, that was close", I said to myself. For your info, I was just driving 40kmph at that point. After checking for injuries, which I haven't got (or so it seems) I pack my stuff and just walk (ride) from the scene. But for some reason I feel uncomfortable on my right side of the body and there are certain pain in a few place, also on the right side. Maybe I should see a doctor, just to be safe.

Thursday, April 20, 2006

blast

As all have seen it on CN(Malaysia), Teen Titan is on the peek of season 4. with 2 more episode, Season 4 will be over. But what I really hate about this past few days, there are no opening song for Teen Titan. Where are the opening song and why did they just gone??

Sunday, April 16, 2006

Quit and stand to win up to RM10000

Just A sample...

Rules and regulations:
1. Open to the general public aged 18 and above.
2. Open to smokers who have smoked for a mninimum of a year prior to April 30, 2006.
3. Closing date: April 30, 2006.
4. Participants will be randomly selected using a table of ramdom numbers.
5. Interview and urine tests will be carried out for those short-listed.
6. Judges' decision will be final.
Entry forms are available at the Malaysia Association Secretariat, UPM web page, government hospitals, and major newspapers. So don't copy this form and print this form out. It is just a sample.

There are prizes to be won:
-National level
1st prize: RM 10,000
30 Consolation Prizes:Air Ticket/Hotel stays/Hampers
-International level
The first-prize winner at the National level will have a chance to win US$2,500 at regional level and US$10,000 at the international level.

Sunday, April 09, 2006

Smoking is not...

Image Hosted by ImageShack.us

When will a person considered as a smoker? According to "The Oxford Study Dictionary", a smoker is someone or a person who smokes tobacco as a habit.

Like everyone know, and they neglect them, smoking can cause a lot of damage to the smoker own self. A piece of cigarrette (in MALAYSIA alone) has not more than 20mg TAR and 1.5mg NIKOTINA (that is the guidelines, I guest). That means a lot of damage will go to the lungs because all smoker (actually) inhale (what I try to mean is 'suck in') the smoke with the air they breath through the mouth.


Healthy smoking. Is it posibble? Do you think there is such an act as 'Healthy smoking'? Maybe a doctor or a scientist should do something to make this possible. So the next time they smoke, they will feel the same result as smoking a cigarrette right now but less the damage later.


If you wanted to start smoking, I suggest that you just forget about it. Firstly, it is harmfull to yourself. 2nd, you actually have to pull out some amount of money just to smoke. A normal smoker smoke around 1 piece every 2 hours. While a hard smoker can get up to 1 piece every 2 minute. And the lowest price you could find for a cigarette is RM 3 for 20 piece. I think that has the lowest quality ever. I ask a friend of mine about it and he said "Tak best langsung";meaning it is worst. Forgot to tell you, he is a smoker.


I know that try to leave smoking can be a lot of burden. It is the second hardest thing than to leave drug addict. But if your will is strong, you can do anything. Here are a few tips to slowly quit smoking. Drink a lot of water. Chew something like a chewing gum or something. Try not to inhale the smoke but just keep it in your mouth then blow. The thing is that you try. But don't stop straight away cause it will do much more damage that way than stop slowly.

Tuesday, April 04, 2006

ToDay I Lost A Friend

Maybe I deserve to have lost her. Well, I am a scumbag for all I know. I did'nt do my job as a friend. Just hope that she read the mail that I gave her.

Sunday, April 02, 2006

SomeDay Will Come When.....

When Elyon first appear in Jetix-WITCH, she has a long hair. But today, she has the same hair as she has in the WITCH comag. Yay. She is much lovelier that way and I love it. Really.

For the last few week me and some friends(actually me and Meal and Amir) bought few Gundam model. I have 3 model, 1 with the scale ratio of 1/100 and the other two with the scale ratio of 1/144. All of them with is made by 'ST LITTLE WHITE DRAGON TOY INDUSTRY CO., LTD.' I cant affort to buy 'BANDAI' model cause it is way too expensive for me.

For the past few month, I have been working at MOBIL. I even dont tell UCU about it. Now my skin is getting darker. Now that I think about it, I rarely tell UCU about myself.

Sunday, March 26, 2006

PreTy In The NaKed Eyes

Teen titans season three, is on Cartoon Network right now. It started monday last week, and tomorrow it is a new series. It is about time that they show the third season now and not waiting to show it later cause I was getting kind of bored of the series being played over and over again. Cant wait to see it again, and again, and again. Actually, not like that I hate to see it again but as the time past, you get the feeling that you love only a few of the episodes and the rest is only a so-so you like it. Really, I have that kind of feeling.

Finally, after all the waiting, today I get to see the glimps of Elyon (in the sub they wrote Ellion) in the Jetix-WITCH animation on TV3. Man, they taken that long to show her face on air. I always thought that (in the COMAG) she has a short hair. Except for a little of her hair on the side is long. Well, you know the anime that they will never stick to the original even though the original character is way much better. Maybe next week I will get to see the detail of her in that animation. Hopefully.

p/s:I always bought STAR every Wednesday and Sunday just to read a comic called 'PreTeena'..

Sunday, March 19, 2006

Sapa lebih untung...

Sesuatu yang aku memang tak paham sejak cerita ni keluar. Pada masa dulu, kat tv2 adalah cerita yang dipanggil "CHANGERION"(aku rasa dah betul aku eja). Jalan cerita okay la gak, ala-ala 'kamen rider', power rangers gitu. But, ada satu part yang aku musykil kat sini. Dalam cerita tu dua orang ni kekasih tapi tak kesampaian. Macam biasala org jepun bercinta, ada masa diaorang kiss. Tapi masa nak pisah, si girl ni kata something like this "Before we depart, please return my kiss toward you". Macam tu la ceritanya. Sampai sekarang aku musykil part ni dan aku masih tak tau(sekarang ni la) sapa yang untung kat sini, si girl atau si boy... Ada komen?