Sunday, August 28, 2005

So Many Days Left

Dalam minggu ni aku pelik gak pasal apa ada lagu Mawi slalu kluar kat graviti. Akhirnya terjawab gak persoalan aku tu. Rupanya kaset Mawi dah kuar kat pasaran. Benda ni aku perasan sebab aku terjumpa kaset mawi kat dalam keta mak aku(mak aku beli kot atau pinjam adik aku punya).
Ni aku nak rephrasekan balik yang aku kata pasal konsert kat dewan jubli tu. Aku ada cakap yang "1st part of this peice of pie is full of magots". Yang aku maksudkan bukanlah kumpulan pertama yang buat persembahan hari tu but a few of the group yang memula buat persembahan.
Skang ni aku kat kedai kmx tengah update blog ni. he he he. NI pun sebab aku ikut park in lay ngan diaorang semua. tu yang dapat buat kat kedai dier. Skang ni dier tengah nengok Tanya Linda yang ada pasal MAWI FC yang aku cakap dulu.

Monday, August 22, 2005

Tirai Terutap

Dah lama dah tak update blog ni. Lebih dari seminggu. Sekarang ni aku rasa tak dapat nak update selalu blog ni sebab aku jarang bukak internet kat rumah hatta lagi gi ke cc. Banyak gak la mende yang jadi masa aku tak atas tarikh blog ni. This are a few.
Minggu ni banyak hujan hujan yang melanda kat bandar Lipis ni terutamanya belah pepetang nak ke malam. Ni salah dua sebab aku tak tulih menda menda ni lama, takut kilat.
Baru-baru ni(ahad 21) ada pertadingan kat 'dewan jubli perak'. Aku rasa kmx dah tulih memacam dah kat blog dier tentang menda ni, tak puas hatinyer dier masa tu. Untuk pengetahuan korang dier adalah salah sorang dari belasan yang masuk tanding tak dapat ke peringkat seterusnyer. Ada group yang power, ada group yang ntah hapa, macam macam lagi. Jadi sebab aku tak nak komen banyak, aku biar jer dier yang buat cite. But ni aku nak komen sket. 1st part of this peice of pie is full of magots. Banyak error, sound tak balance, etc. Bagi aku yang nonton menda ni, perasaan tak puas hati tu ada la gak. Sebenarnyer, aku lebih senang duduk kat rumah hari tu sambil nonton tv dan tido sebab aku agak letih. Tapi, aku pi la gak nonton menda tu. Jadi lepas habih je 'The life and times of juniper lee' kat 'Cartoon network' aku pun terus la bersiap nak pi sana. Semasa aku kat sana, banyak gak band yang best kat telinga aku. Macam satu band dari Jengka tu. Ntah, aku dah lupa nama dieorang punya kumpulan. Yang lain tu macam aku bagitau banyak error, suara out, etc. Not all of them la. Some, only a few of them.
Akhirnyer AF musim 3 dah habih dalam sejarah. Dan semua orang tau yang Mawi bolot banyak masa tu (adilkah?). Ye la, aku tak kesah pun pasal die student AF yang buat rekod (no. 1 dari episod 1 hingga akhir) tapi aku tak rasa pun dier tu spesel, biasa jer. macam orang biasa. Sama ada aku sorang jer rasa atupun ada orang lain yang rasa aku tak tau la. Dari 1st week hingga sebelum lagu saliha tu suara dia low. aku tak rasa apa apa pun yang menarik pasal vokal dier. Tapi lagu akhir dier memang best. Dari segi vokal, aku rasa felix lagi best. Tu aku rasa laa.
Lagi satu accident. kali ni depan kedai Pak Teh kat SKWI. Ntah macam mana ntah menda ni jadi. Masa aku nak balik dari kedai pakteh terus aku terlihat 2 keping sandals dekat tengah jalan, basikal rosak (bmx aku rasa) dua orang tua melayu tengah cakap sesuatu dan sorang anak india duduk kat tepi jalan sambil tunduk dan tangan kat atas kepala sambil ditemani oleh sorang lagi anak india. Ntah apa yang jadi masa tu pun aku tak tau tapi kalu aku ada camera masa tu aku dah ambik keping gambar.
Ni satu lagi. Masa lepas abih pertandingan kat dewan tu, aku, kmx dan ahli kumpulan dier pi makan kat kerpan walk. Kat situ la cakap cakap pasal pertandingan tu dijalankan dan aku jadi tukang dengar laa. Kat tengah tengah cakap tu dengan tidak semena mena beberapa orang tua bangsa cina gelak gelak sambil menunjuk kearah moto aku. Aku pun mula risau. Sorang ahli kumpulan kmx pun risau sebab keta dier pun terletak di arah yang sama. Kena apa ke, keta calar ke. Aku ingatkan apa, rupanya nombor plat aku sama ngan nombor moto sorang lagi orang cina yang baru lalu. 'Nombor ni naik ni' kata salah sorang kawan cina tersebut sambil gelak. Cadang nak beli nombor la tu. Ntah la.

Thursday, August 04, 2005

Green in a mile

Tak banyak yang berlaku dalam seminnggu ni. Kerja, balik rumah tido, makan, etc. Tapi yang agak besar ialah kejadian small flood kat jalan cheneras ke stesen petronas. Air tu naik setinggi setengah kereta proton saga. Ntah la, ada longkang tersumbat kot?? Lagi satu, selama tiga hari takde air sebab masalah kat loji air. Dengar kata ada ikan mati la, ada orang tuba la, dan lagi teruk, ada sisa toksid dari kilang yang mengalir dalam loji tu. Ntah la, mana satu yang betul.

Ni la yang aku selalu buat setiap hari kecuali ahad.
7.00 am: tengok tv ch15
8.28 am: pegi keje + makan kat bandar
8.50 am: masuk keje
Tengahari: Rehat sejam. Masa rehat tak tentu.
6.30 pm: balik rumah
9.30pm: Tengok Teen Titans kat ch62.

Aku tau la yang Teen Titans tu ada 3 kali sehari sekarang ni. Pukul 7am, 5pm dan 9.30pm. Dan ia cuma ulangan siaran yang lepas. Tapi takpe la, dapat nonton dari mula. Dan hari ahad ni ada katun baru kat ch62 kul 9.30am dan ulangan 5.30pm. Sama masa ngan Gundam Wing kat tv2. The Life and Times of Juniper Lee. Tak sabar nak nonton. Kalu best nonton lagi.