Tuesday, November 27, 2007

Parti pembangkang 'mengganas'...

Di bandar-bandar kecil di seluruh negara, parti-parti pembangkang telah memulakan langkah-langkah untuk memenangi pilihanraya yang akan tiba tak lama lagi. Dengan bermodalkan beberapa ringgit(RM) mereka telah menyiapkan beberapa keping risalah untuk diberikan kepada bakal-bakal pengundi secara percuma.
Aku dan kekawan aku dapat beberapa risalah mengenai parti pembangkang yang cuba nak menjatuhkan parti BN sekarang. Tapi yang tak enaknya banyak kesalahan ejaan yang ada kat dalam risalah tu. tak tau la apa yang mereka fikirkan masa buat risalah tu. Kalo nak buat tu, buat la betul-betul. yang aku ngan kekawan aku tak puas hati tu, kesalahan ejaan yang paling tak boleh dimaafkan adalah perkataan '50 Malaysiaku Gemilang' yang tiba-tiba menjadi '50 alaysiaku Gemilang'. Apa yang cuba nak digambarkan kat sini? Orang yang buat risalah ni semestinya seorang yang pemalas nak betulkan ejaan tu. Dan jugak, parti pembangkang cuba nak mengubah nama negara ni dengan sesuka hati. Nama Malaysia tu dah bagus dah, nak diubah pulak kepada Alaysia? Kalau dikatakan terlepas pandang, buta ke dia? Ubah la balik. Do a new one la pulak. Kalau dikatakan terlepas pandang, buta ke dia? Entah lah.
Dalam risalah tersebut, banyak la janji yang dibuat oleh parti pembangkang untuk memancing undi yang akan datang. Tak tau la macam mana reaksi yang akan muncul nanti.
Banyak perhimpunan (yang dikatakan) aman yang tidak mendapat permit (haram la tu) telah diadakan Di Kawasan Kuala lumpur dan Selangor. Kebanyakan perhimpunan tersebut diadakan oleh parti pembangkang. Atas alasan tertentu........ Tetapi selalunya berakhir dengan kecederaan banyak pihak.
Lagi satu aku bertanya kepada kekawan aku ni. Kalau hijau menang, Genting Highland wujud lagi ke? Ada yang cakap, mungkin ada lagi tapi sebagai resort percutian jer laa. Ada pula yang berkata, Takkan nak letup kot, riot kita nanti(sambil ketawa). Sebab Genting Highland adalah Las Vegas Malaysia dengan casino bertaraf antarabangsa selain dari tempat percutian dan penginapan yang terunggul di Malaysia ni. Dan Hijau adalah parti yang dikatakan extreme tentang sesuatu ideologi saja.
Apa akan jadi pada aku lepas ni pun tak tau lagi. Pilihanraya dah dekat. Aku taknak cakap sapa yang akan aku undi. Dan jugak, aku tak nak extreme sangat mengikut mana-mana parti yang akan bertanding nanti.
Ada lagi segelintir masyarakat Malaysia ni yang masih tak mendaftarkan diri sebagai pengundi/pemilih yang sah walaupun dah cukup umur. Sekali lagi aku sarankan daftarlah diri tu sebagai pengundi/pemilih kalo dah cukup umur. Jangan tunggu lagi.Nanti ko yang akan menyesal. Go to http://www.spr.gov.my/ for more info...

Jumlah risalah ada kat tangan : 1
Jumlah risalah ada kat kawan : 6

Sunday, November 25, 2007

Ke Jerantut pagi ni..

Siapa yang layak ganti Pak Lah??
Aku jumpa buku ngan tajuk ni kat jerantut pagi tadi.

Masa jalan balik dari jerantut, ada sekumpulan monyet kat tepi jalan.
Ada lori balak rosak right kat on top jalan curam tu.

Saturday, November 24, 2007

Seperti yang termaktub.....


Selepas tujuh tahun tak naik basikal, dan lepas baik pulih yang agak menyakitkan, akhirnya aku naik semula basikal yang aku beli masa aku belajar kat *** dahulu. Sebab dah lama tak naik basikal ni, aku jadi letih lepas bawak sejauh 2x2 km. Kaki aku sakit2, badan letih dll. Susah gak ye lepas dah lama tak naik ni kan?

1/2 aku suka, 1/2 aku tak into sangat. Aku cakap pasal kfc meltz yang tengah ada kat KFC sekarang ni. Alah, yang dapat speaker usb bucket kecik tu la. Mungkin taste aku jer kot tapi tulah, cuma separuh jer aku berkenan. Harga makanan ni yang ditulis kat bod tu RM 5.80(untuk meltz tu jer) dan kalau kombo lak(meltz+air karbonat[RM2 lebih]+speaker usb) plak 10 lebih. Maknanya bukan la percuma speaker usb tu. kena bayar asing.

Cadangnyer nak pi KL sebab ada event kat times square tapi tak jadi sebab tiket bas dah habih.

Lagu yang aku agak into
1. Mahakarya Cinta - Faizal Tahir
2. Itu Kamu - Estranged

Mawi hensem?? Aku dengar dari interview kat Muzik-Muzik TV3 hari tu. Macam tak caye jer ada orang yang cakap macam tu.

Mael ngan Kumprinx pi bentong stat 23-25 Nov.

Rancangan tv yang aku minat
1. Hell's kitchen ntv7
2. Deal or no deal ntv7(almost minat)

Pilihanraya dah nak dekat. Parti pembangkang dah siap flyers bagi orang2 kat sini yang cakap pasal Nuri(masa hari merdeka dulu) dan yang ada salah ejaan(pasar sabtu kat sini baru-baru ni) ;Entah sapa yang bodoh sangat ni tak tau nak eja perkataan.. Maka, cepat2 la daftar untuk jadi pengundi kalau dah cukup umur tu. Tu saranan dari aku dan jugak kerajaan. Bukan susah sangat pun, bawak ic, isi borang lepas tu siap. Aku dah siap daftar tahun lepas lagi. Ko bila lagi???

Ada segelintir orang tua yang menonton 3gp lucah kat gerai makan lepas tu pasang volume dia kuat2. Komen dia pada tokey kedai tersebut "Kaweh tok bagi anok kaweh tengok cerito macam nih" sedangkan hp tu dia yang punya. Kalu nak nonoton pun slow la sket vol tu...

Friday, November 23, 2007

After 3 month and seven days...


Ha ha ha.
I can't believe it that it has been already more than three month that I and her (Ucu) '####'.
I will never know how she feels right now.
Maybe she feels satisfied, having the burden off her shoulder.
Last I heard of her is that she is a lecturer at some academic institution somewhere.
Heck, what am I suppose to feel then?
I really feel like she needed a better friend other than me.
Like Kak Mayni (Ucu call her that) her best friend who is always there when she need it.
And I am not that kind of person.
I am not at her side when she cried.
Should I cry???


Adakah aku benci pada dia?
-Tak langsung. Malah aku harap dia dapat cari orang yang lebih baik dari aku ni.
Sebab aku ni jahat.

Aku benci pada dia?
-Tak guna membenci orang yang telah pergi. Buat apa benci.
Lagi sakit hati aku ni.
Cuma boleh mengingati di dalam hati. Kalau dapat nak lupa terus.

Aku tak sayang dia ke? Pelik gak aku tanya diri aku soalan ni.
-Walaupun sayang tak sampai ke mana; dia yang kata.
Sejak dari mula
Gembira ke hidup lepas dah jadi macam ni? Tak sedih ke?
-Apa nak disedihkan, dia yang minta.
Aku tak rasa sunyi ke dia dah takde?
-Apa itu kesunyian? Mungkin sebab aku dah lama hidup macam ni.
Kesorangan pada masa dulu.

Tak nak kawan dengan dia lagi?
-Adakah dia yang sudi? Kalau dia sudi mungkin nak kawan balik ngan dia.

Kalau kawan balik, aku nak buat macam ni lagi ke?
-Mungkin ya sebab masalah aku sendiri.
Aku ada masalah yang tak mungkin aku ceritakan pada orang lain.

Kalau "Hotline To Hell" betul-betul wujud, aku fikir dia akan hantar aku kat sana?
-Maybe. Maybe not.
Tapi kalau dia buat macam tu, dia sendiri yang akan ke 'hell' bila dia mati nanti.
Atau mungkin dia tak kisah langsung sebab masa tu dia rasa hidup dia macam hell gak.
Aku tak tau, aku tak dapat nak kata.

Apa orang lain akan kata nanti?
-Aku peduli apa orang nak kata apa? Mungkin yang buruk.
Tapi aku tak dapat nak tutup mulut orang lain.

Last skali apa menda yang aku dapat dari dia?
-Rakaman perbualan aku dengan dia melalui talepon selama 18minit 40saat.
Sebenarnya aku nak rakam menda lain tapi takpe la.
Ini betul.

Apa yang aku merepakkan ni?
-Ntah la. Aku pun tak tau.

Mungkin aku patut mintak maaf kat dia.

Monday, November 12, 2007

bla bla blah........

Pada setiap petang, bila aku pi ke studio tempat diaorang berlatih, aku tak nampak dah kelibat kumprinx. Nak keluar malam lak hujan. Tak jadi2 gak nak keluar tu. Dengar kata sumber (mael) sekarang ni kumprinx tengah sibuk ngan website dia. Tu la setiap petang tak datang berlatih tu. Dan ada la orang lain yang berlatih lagu ntah la kat studio tu. Bagus la budak muda2 sekarang ni. main musik, tak lepak2 kat mana2 atau buat kerja tak senonoh ke gitu.

Sunday, November 04, 2007

Sepetang di KL(Kuala Lumpur)

Aku bertolak ngan Mael dari rumah pada pukul 11.10pm gitulah dengan menaiki kereta abang Mael.
Sesampai di sana, abang kumprinx kita sedang menunggu kitaorang kat stesen keretapi. Sebelum berlepas, kami terkejut ngan berita yang sedara ayah kumprinx ditipu beberapa ribu dalam scam internet(duit hangus).
Kami menaiki keretapi dari Kuala Lipis pada pukul 12 tengah malam(20 minit lewat) dan sampai di Kuala Lumpur pada pukul 8.30 am keesokkannya.
Sesampai di sana, Mael dan Kumprinx mandi di bilik mandi awam sementara aku menyalin pakaian untuk berjalan.
Kami bertiga naik monorail ke Imbi dan terus ke Low Yat.
Kitaorang makan kat Mc D sampai kenyang. Mael ngan Kumprinx ambik set Duoble cheese burger(2), ayam 2 ketul, kentang goreng(2), air coke gelas besar(Kumprinx) dan
Regular(Mael) dan sundae(tak reti nak eja)(2). Aku lak ambik Cheese burger(2) dan air Coke regular. Kenapa lah kat LIpis ni takde Mc D???

Rumusan lepas tu(aku malas nak tulis panjang-panjang)













-Jumpa Ben(Gambar) dekat Low Yat.



-Mael beli Ganpura Keroro(Gambar) untuk anak sedaranya.
-Aku lak beli kamera digital ngan "ZOIDS".
-Jumpa PP dan Mie kat kedai makan sebelah Kota Raya
-Kumprinx beli DVD cerita horor(Hostel 3) ngan game Half Life.
-Semasa balik, kitaorang tertidur di dalam bas. Tup-tup, dah sampai kat Kuala Lipis ni.
Antara yang terpenting:
-Cadangan awalnyer nak pergi balik naik keretapi dan balik tu ambik tempat tidur tapi terpaksa dibatalkan kerana kekurangan duit yang akan dibelanjakan nanti.
-Kucing Mael(kecil) kena serang dengan kucing jiran(besar) sampai memancut darah keluar. Keadaan kucing kecil tu agak stabil.
-Mael dan Kumprinx berbincang dengan PP mengenai lagu yang akan dibawa ke SoundStage nanti.
-Beg yang aku cadang nak bawak pada mulanya terputus tali menyebabkan aku terpaksa meminjam beg Mael.
-Tidur dalam bas lagi selesa dari tidur dalam keretapi.
-Semua orang sakit kaki lepas balik dari Kuala Lumpur.