Sunday, May 06, 2007

Diari Mac 06 2007

Pada hari ni aku telah bertolak ke Jerantut(Sorang)... Cadangnya nak ajak N ikut sekali tapi masa aku pi ke pejabat dier, dier takde. Nak ajak M lak dier takde fulus sebab gaji tak masuk lagi. Jadi setelah aku bersiap sedia aku pun terus gerak ke jerantut.

Aku stat jerni aku lepas aku tengok kartun 'Pucca' kat tv3 separuh (dalam pukul 1045 gitu laa). lepas 'fill her up' penuh2, dan chek angin, aku terus la jerni aku yang mengambil masa 1 jam nak sampai. Aku mula merasa ghairah nak sampai (bayangkanlah aku tak pi dah lebih 2 bln lepas injuri yang aku alami tu). Dalam perjalanan aku nampak ada sekor ular nak lintas jalan. tak tau la hidup lagi atau tak ular tu. Yang lain tu macam sama jer. Cuma ada satu kedai yang aku baru perasan bukak sebelum simpang nak ke jerantut. Baru bukak agaknyer.

Aku sampai agak lewat sebab pasar dah habih. Aku kendiannya pi ke kedai buku yang aku percaya kat situ sambil beli beberapa buah. Kendiannya aku pi ke kedai cd+dvd dan tengok2 apa yang best. Kat sini aku dapat satu rumusan yang agak memeranjatkan. Harga dvd kartun cumalah rm1.++ jer bagi setiap kartun(duration under 30 minit>

Lepas siap kerja membeli belah kat Jerantut, aku pun balik la ke lipis. Dalam pukul 1300 gitula. Sebelum balik, aku singgah kat kedai baru bukak tu. Makanan dier kira ok laa. Boleh la kalu nak makan.

Sesampai jer kat lipis, aku terus gerak ke pejabat N. Takde orang, aku pun pi bandar. Masa aku dah nak balik rumah tu, aku jumpa dier nak pi bandar sebab dier tengah kronik sangat sakitnyer. Dier pun singgah kat kedai stesen beli ubat.

Petang tadi aku lep kat rumah M, nampak N masih sakit lagi(kronik betul sakit dier ni, dah 3 jam). Dan satu berita baik yang aku terima dari N ialah barang yang aku tempah kat dier tu dah nak sampai. Cuma tunggu payment dekat bank jer. Lepas tu tunggu seminggu, dapat. Yay. Hari isnin ni aku bagi duit kat dier sebab hari Isnin orang cuti(Pahang Hol). Aku jugak yang kerja.

-Duit yang telah hangus-
feul RM 5(kat lipis)+RM 2.3(kat jerantut)
Makan RM 3(kat kedai baru bukak???)
surat kabar RM 1.5(ceh, dah naik harga)
barang RM 32.6(Malas nak cerita)
kueh kedai pak teh RM 0.8
total hangus RM 45.2(ceh, dekat 50 gak)

Antara buku dan barang yang aku beli

preview salah satu buku yang aku beli