Thursday, October 11, 2007

Sepanjang bulan ramadhan ni

Yang pertama sekali, tokey tempat aku kerja baru jer ambik 4 new 'bangla'. sorang yang lama telah pergi dari tempat tu, tak tau la pasal. Sorang lagi ni nampaknyer nak gi gak. oh well. Yang 4 orang ni 'okey' gak la.

Second, aku sangat telah hilang respect kat sorang orang tua ni. tak tau la apa yang dipikirkan tapi nampak sangat ke'dajal'an dier ni. Dah la tak puasa, minum arak lagi. Depan orang ramai pulak tu. Sambil dengan bangga nyer, dier menegok air setan tu macam takde apa-apa pun. Lepas tu dier boleh marah2 lak kat sorang india cuma kerana si india tu tak mahu jawab soalan dier. Biarla dier nak jawab ke tak? Ko peduli apa? Bukan nak mengupat dan mengeji, tapi memang menyakitkan hati betul.

Yang ketiga, Kat bandar2 kecil ni aku nampak banyak sangat orang yang tak puasa. Aku tak tau pasal. mungkin letih buat kerja berat, jalan jauh ke, aku tak tau la. yang pastinyer, yang paling banyak sekali aku nampak tak puasa ialah pemandu2 lori yang singgah kat stesen minyak sambil beli makanan dan maggi.

Akhir sekali aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf zahir batin.

p/s: Aku betul2 takut nak balik kampung sebab ada 'dia'. Macam mana nak buat ni??????

No comments: