Saturday, November 24, 2007

Seperti yang termaktub.....


Selepas tujuh tahun tak naik basikal, dan lepas baik pulih yang agak menyakitkan, akhirnya aku naik semula basikal yang aku beli masa aku belajar kat *** dahulu. Sebab dah lama tak naik basikal ni, aku jadi letih lepas bawak sejauh 2x2 km. Kaki aku sakit2, badan letih dll. Susah gak ye lepas dah lama tak naik ni kan?

1/2 aku suka, 1/2 aku tak into sangat. Aku cakap pasal kfc meltz yang tengah ada kat KFC sekarang ni. Alah, yang dapat speaker usb bucket kecik tu la. Mungkin taste aku jer kot tapi tulah, cuma separuh jer aku berkenan. Harga makanan ni yang ditulis kat bod tu RM 5.80(untuk meltz tu jer) dan kalau kombo lak(meltz+air karbonat[RM2 lebih]+speaker usb) plak 10 lebih. Maknanya bukan la percuma speaker usb tu. kena bayar asing.

Cadangnyer nak pi KL sebab ada event kat times square tapi tak jadi sebab tiket bas dah habih.

Lagu yang aku agak into
1. Mahakarya Cinta - Faizal Tahir
2. Itu Kamu - Estranged

Mawi hensem?? Aku dengar dari interview kat Muzik-Muzik TV3 hari tu. Macam tak caye jer ada orang yang cakap macam tu.

Mael ngan Kumprinx pi bentong stat 23-25 Nov.

Rancangan tv yang aku minat
1. Hell's kitchen ntv7
2. Deal or no deal ntv7(almost minat)

Pilihanraya dah nak dekat. Parti pembangkang dah siap flyers bagi orang2 kat sini yang cakap pasal Nuri(masa hari merdeka dulu) dan yang ada salah ejaan(pasar sabtu kat sini baru-baru ni) ;Entah sapa yang bodoh sangat ni tak tau nak eja perkataan.. Maka, cepat2 la daftar untuk jadi pengundi kalau dah cukup umur tu. Tu saranan dari aku dan jugak kerajaan. Bukan susah sangat pun, bawak ic, isi borang lepas tu siap. Aku dah siap daftar tahun lepas lagi. Ko bila lagi???

Ada segelintir orang tua yang menonton 3gp lucah kat gerai makan lepas tu pasang volume dia kuat2. Komen dia pada tokey kedai tersebut "Kaweh tok bagi anok kaweh tengok cerito macam nih" sedangkan hp tu dia yang punya. Kalu nak nonoton pun slow la sket vol tu...

No comments: